Friday 21 December 2012

masih jugak bleeding

bismillah.. dengan nama Allah hari ni tak banyak beza sangat macan hari2 yg lepas. masih bleeding sikit2. tak banyak banyak sangatlah lepas bleeding yg agak heavy tu. tak banyak gerak,kuranglah bleeding. banyak gerak banyaklah bleeding. tapi sebenarnya deal dgn fikiran jgk. time tak fikir tak ada plk masalah. bila terfikir dan berjaga2 tulah bleeding nak jadi. so setakat ni keadaan masih tak banyak berubah dan tak taulah bila bleeding akan benar2 stop. aku hanya mampu iktiar makan ubat2 tu dan redha.. berdoa jugak walaupun harapan dah tipis. kalau dah ditentukan rezki, Dia akan kuatkan dia kat dalam ni. kalau tak diberikan jgk rezki kali ni... biarlah dipermudahkan urusanku ya Allah.. kandungan kali alhamdulillah dpt tau serba sikit maklumat bout kesalahan kecik yg mungkin menjadi faktor asyik recurrent miscarriage sblm ni. 1st sbb makan ubat tak ikut time. sepatutnya makan ikut time setiap 8jam atau 12 jam and so on. sblm ni mmg mkn ubat ikut dan. breakfast tak tentu jd mkn ubat pun tak tentu. so rasa precious sgt maklumat yg baru kali ni dpt tau.. sbb ubat dapat bertindak dgn jayanya kalau teratur pengambilannya. 2nd maklumat yg dpt tau thn ni jgk ialah demam. masa bleeding hari mmg demam sikit dan tu mungkin faktor bleeding terjadi. bila diingat balik miscarriage yg lepas pun aku demam jgk sikit. penjelasan dari dr habsah memuaskan hati aku yg selama ni asyik tercari2 faktor2 yg mungkin menyumbang kpda berlakunya bleeding, tiap2 kali pregnant sblm ni. tu cuma faktor, tapi Allah jualah yg tau segala2nya yg tersurat. dan mmg pregnant kali ni byk rahmatnya yg aku tak tau. yg aku tau aku jadi lbh kuat dari dulu dan insyallah lebih dekat dgn pencipta alam ini.. subhanallah..

No comments:

Post a Comment